1.0 Misalnya, etika boleh dianggap sebagai batu asas

 1.0 Pengenalan  

               Istilah etika berasal dari
perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus pada ‘character’ ataupun
perwatakan dan keperibadian. Etika merupakan panduan tingkahlaku yang diikuti
oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan. Menurut Kamus Dewan
edisi keempat, etika membawa maksud prinsip moral (atau akhlak) atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi  pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain
(Noresah Baharom, 2005). Dalam Kamus Dewan edisi baru, etika membawa maksud
kerja etik yang dijadikan pegangan semasa menjalankan tugas (Sheikh Othman
Sheikh Salim 1992). Etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat
moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah
yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai Gladding, S.T. (2000).
Penetapan tingkah laku  beretika perlulah
berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan (Maznah Baba &
Zainal Madon (2003). Berdasarkan perkara ini, penetapan tingkahlaku beretika
perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

              Makna etika menurut Akinade
(2005), prinsip moral kawalan yang mempengaruhi kelakuan manusia. Menurut
Aluede et, al (2004) ialah khidmat kaunseling yang merupakan perkhidmatan
penghantaran pendidikan dan menurut Omotose (2008) pula adalah merupakan ciri
professional yang meluas kepada profesion kaunselor. Nilai klien bukan
pengganti kepada etika yang diregulasikan. Persatuan Kesihatan Mental telah
menerbitkan kod piawai etika bagi memantau aplikasi kaunselor professional
berkelayakan. Etika ini adalah kerangka penting yang menghuraikan terapi
professional dan tidak sama dengan nilai. Etika mendenifisikan kerangka sesi
kaunseling professional, manakala nilai meramal motivasi dan mekanisme
kaunseling. Misalnya, etika boleh dianggap sebagai batu asas sebuah rumah dan
nilai sebagai model sebuah rumah. Etika pula adalah kritikal pada praktis
terapi professional, ia sendiri tidak cukup untuk disamakan dengan nilai dalam
kaunseling. Tujuan etika bukanlah untuk mendefinisikan nilai. Walaupun ia
adalah sesuatu yang penting dan kita memegangnya dengan kuat, tetapi ia
mempunyai tujuan yang berlainan. Misalnya, prinsip etika mungkin mengatakan
kaunselor tidak boleh ada hubungan dengan klien sekurang-kurangnya selepas dua
tahun berlalu setelah hubungan professional tamat. Ini dikenali sebagai
hubungan dual. Ini adalah piawai etika. Berdasarkan perkara ini, penetapan
tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan
masyarakat tempatan.

                 Secara umumnya terdapat tiga
ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur
kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling,
2010). Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan
dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah
tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika penting semasa
mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan
individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan
kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui
individu,keluarga,organisasi dan masyarakat. Perbincangan ini seterusnya akan
membincangkan enam kod etika kaunseling dan enam contoh kajian kes mengenai
prinsip kod etika kaunseling tersebut.

 

2.0 Kod Etika Kaunseling

 

Prinsip
membawa kepada kepentingan tanggungjawab beretika. Keputusan beretika yang
disokong kuat oleh satu atau lebih prinsip tanpa berlawanan dengan orang lain
dan dianggap sah atau dibuktikan dengan baik. Tugas ahli praktis  adalah mengambil kira semua situasi dengan
sebanyak mungkin prihatin dan bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Kitchener
(1984) telah mengenalpasti prinsip moral yang dilihat sebagai asas garis
panduan etika kaunselor. Garis panduan etika tidak dapat menangani semua
situasi yang menjadi, kerana kaunselor terpaksa berhadapan dengannya. Mengkaji
semula prinsip-prinsip etika yang berada di asasnya. garis panduan ini sering
membantu menjelaskan isu yang terlibat dalam situasi tertentu. Lima prinsip
etika itu adalah autonomy, justice, beneficence, non-maleficence, dan fidelity
masing-masing mutlak kebenaran dalam diri mereka sendiri. Dengan meneroka
dilema berkenaan dengan prinsip-prinsip ini boleh mencapai pemahaman yang lebih
baik mengenai isu-isu yang bercanggah. Walaubagaimanapun, terdapat enam prinsip
yang dibincangkan iaitu fidelity, autonomy, beneficence, non-maleficence,
justice dan self-respect.

2.1 Fidelity (Kesetiaan: Menaruh
Kepercayaan Kepada Ahli Praktis)

Menurut
kamus.com, fidelity bermaksud dengan tepat, ketaatan, kepatuhan dan kesetiaan. Fidelity
melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan untuk menolong antara
guru dengan pelajar dalam suatu sesi menolong. Menjadi orang yang boleh
dipercayai adalah dianggap sebagai kunci utama bagi memahami dan menyelesaikan
isu-isu beretika. Kaunselor yang mengikut prinsip ini akan bertindak menurut
kepercayaan yang ditanam dalam mereka. Kerahsiaan patut dianggap sebagai satu
amanat timbul dari kepercayaan klien. Jauhkan dari apa jua pembukaan maklumat
rahsia.

Merujuk
kepada Corey (2001), tanggungjawab utama kaunselor adalah untuk melindungi
klien dan maklumat yang diberikan oleh klien di dalam sesi kaunseling. Fidelity
merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor
terhadap klien. Fidelity juga melibatkan tanggapan kesetiaan dan penghormatan
komitmen. Klien mestilah boleh mempercayai kaunselor dan mempunyai kepercayaan
yang tinggi terhadap terapeutik hubungan jika pertumbuhan berlaku. Oleh itu,
kaunselor mesti berhati-hati tidak dan tidak mengancam hubungan terapeutik atau
meninggalkan tanggungjawab yang tidak dipenuhi. Selain itu, fidelity juga
merangkumi kepatuhan guru terhadap sekolah, guru besar dan profesion keguruan.

 

2.2 Autonomy (Hormati Hak
Klien Sebagai Perintah Diri)

Prinsip
ini memfokuskan kepada kepentingan komitmen klien menyertai kaunseling atau
psikoterapi, umumnya  berdasarkan
keinginan sendiri. Ahli praktis yang menghormati autonomi klien akan memastikan
ketepatan iklan atau maklumat yang diberikan sebelum perkhidmatan ditawarkan,
memperoleh dengan bebas persetujuan termaklum yang diberikan dan mencukupi.
Selain itu, ahli praktis juga akan terlibat dengan kontrak secara eksplisit
lebih awal tentang komitmen oleh klien, melindungi keadaan persendirian dan
kerahsiaan, dan selalunya akan membuka maklumat rahsia dengan syarat ada
persetujuan. Ahli praktis juga akan memberitahu klien terlebih dahulu tentang
konflik kepentingan atau secepat mungkin sebaik sahaja konflik timbul. Prinsip
autonomi menentang manipulasi klien bertentangan dengan kehendak mereka
walaupun untuk tujuan sosial yang berguna.

Apabila
seseorang itu bertindak secara autonomi, implikasinya beliau juga bertanggungjawab
pada perlakuannya kerana beliau sudah menjalankan kebebasan memilih dalam
membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini juga bermaksud seseorang itu mempunyai
keistimewaan bersendirian, yang bermaksud klien berhak menerima layanan yang
baik dari kaunselor, diberi peluang menyatakan hak dan meluahkan sesuatu. Prinsip
kerahsiaan maklumat perlu diberi timbangan untuk menghadapi dilema etika
(Othman Mohamed, 2005: 285-286).

 

2.3 Beneficence (Amal
Kebajikan: Komitmen bagi Mempromosi Hak Klien)

Prinsip
amal kebajikan merujuk kepada tindakan kaunselor untuk memberikan hasil positif
kepada klien berdasarkan penilaian professional. Ia mengarah perhatian kepada
bekerja secara terkawal ketat dalam had kompetensi seseorang dan menyediakan
perkhidmatan berdasarkan latihan atau pengalaman yang mencukupi. Memastikan
bahawa kepentingan klien tercapai memerlukan pemantauan yang sistematik ke atas
amalan dan hasil sedia ada. Ia dianggap signifikan bahawa kajian dan refleksi
sistemastik mengenai praktis atau amalan. Terdapat kewajipan untuk menggunakan
penyeliaan yang tetap dan berterusan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan
yang diberikan dan untuk komit kepada amalan yang terkini dengan perkembangan
professional yang berterusan.

Kewajipan
amat penting apabila bekerja dengan klien yang kapasiti autonominya telah
hilang disebabkan tidak matang, tidak mempercayai, kemurungan melampau,
gangguan serius atau kekangan peribadi yang penting. Kaunselor diperlukan untuk
memiliki tahap kompetensi dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk menangani
isu-isu klien. Apabila tiada seorangpun dalam agensi yang layak untuk memberi
perkhidmatan kepada klien, adalah bersesuaian dan menjadi etika untuk kaunselor
tersebut mendapat khidmat dan penyeliaan kaunselor lain yang berkelayakan.
(Cottone & Tarvydas, 2003).

 

2.4 Non-maleficence (Bukan
Salah Laku: Komitmen untuk Mengelakkan Kecederaan pada Klien)

Bukan
salah laku merangkumi pengelakan pengeksploitasi seksual, kewangan dan
emosional atau apa jua bentuk eksploitasi pada klien; mengelak ketidak
kompetensi atau salah laku; tidak memberi perkhidmatan apabila sakit; situasi
peribadi atau dalam keadaan mabuk. Ahli praktis mempunyai tanggungjawab
beretika untuk mengatasi setiap bahaya pada klien walaupun bahaya itu tidak
dapat dielakkan atau tidak sengaja. Memiliki insurans boleh membantu dalam
kompensasi. Ahli praktis mempunyai tanggungjawab untuk mencabar, di mana perlu,
ketidak kompeten atau salah laku orang lain; dan menyumbang kepada siasatan
atau perundingan tentang praktis professional yang jatuh jauh dari seorang ahli
praktis yang kompeten atau risiko yang boleh membawa keburukan pada reputasi
profesion.

Merujuk
kepada Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), bawah Akta Kaunseling 1998,
semasa
perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal
dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri
sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam
apa bentuk sekalipun. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan,
membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan
tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

 

2.5 Justice (Keadilan:
Rawatan Adil dan Tidak berat Sebelah kepada Semua Klien dan Pemberian
Perkhidmatan yang Memuaskan)

Prinsip
keadilan menumpukan kepada bertindak adil pada semua klien dan menghormati hak
asasi kemanusiaan dan maruah. Keadilan dalam pemberian perkhidmatan menyahut
kebolehan untuk menentukan pemberian perkhidmatan secara separa dan pembahagian
perkhidmatan antara klien. Komitmen kepada keadilan memerlukan keupayaan
memahami perbezaan orang dan berkomited pada prospek kesamaan, dan mengelak
diskriminasi terhadap orang atau kumpulan yang berlawanan dengan ciri-ciri
peribadi sah atau sosial.

Ahli
praktis bertanggungjawab untuk memastikan satu perkhidmatan kaunseling dan
perkhidmatan psikoterapi yang adil, boleh dicapai dan sesuai dengan kehendak
klien. Kesimpulannya,
justice merujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi
layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina,
bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien
untuk membina hubungan yang baik.

 

2.6 Self-respect
(Menghormati Diri Sendiri: Menggembur Pengetahuan Kendiri Ahli Praktis dan Keprihatinan
Terhadap Diri Sendiri)

                    Menghormati diri sendiri
bermaksud ahli praktis mengaplikasikan semua prinsip sebagai hak sendiri. Ini
merangkumi mencari kaunseling atau terapi dan peluang lain bagi pembangunan
peribadi sebagai mana dikehendaki. Walaubagaimanapun, terdapat tanggungjawab
beretika untuk menggunakan penyeliaan bagi pembangunan peribadi dan
professional serta mencari latihan dan peluang yang lain untuk mneneruskan
pembangunan professional. Prinsip menghormati diri sendiri mempromosi keterlibatan
aktif dalam aktiviti meningkatkan kehidupan dan hubungan yang tidak ada kaitan
dengan hubungan dalam kaunseling atau psikoterapi.

                    Kaunselor hendaklah sedar
akan kebolehan dan kecekapan diri mereka sendiri. Kaunselor juga perlu
mengelakkan diri daripada menjalankan apa-apa kegiatan yang boleh menjejaskan
profesionalisme sebagai kaunselor serta membahayakan diri serta kliennya.
Kaunselor juga perlu menyedari had kesabaran serta tahap emosinya dan perlu
mendapatkan perkhidmatan kaunseling jika menghadapi sebarang masalah.

 

3.0
Kajian Kes

3.1 Kes Encik Mikael

Encik
Mikael telah tiba di pejabat kaunseling keluarga untuk mendapatkan pandangan
yang kedua. Sebelum ini Encik Mikael telah berjumpa dengan doktor untuk
mendapatkan rawatan gejala yang dihidapinya, iaitu sesak nafas, senak di
bahagian dada kiri dan berpeluh yang banyak. Doktor tersebut telah mengambil
ujian tekanan darah untuk melihat bacaan darahnya dan kelajuan jantungnya.
Doktor tersebut terus membuat satu preskripsi ubat untuk dimakan dalam masa dua
minggu sahaja. Doktor juga menasihati ubat yang di ambil itu sangat bagus untuk
menghilangkan masalah yang dihidapi oleh Encik Mikael tersebut. Oleh yang
demikian, doktor hanya membekalkan ubat tahan sakit dan ubat darah tinggi
sahaja. Encik Mikael berasa sangat kecewa dengan doktor itu kerana sikapnya
yang sambil lewa dan berat sebelah.

Setelah
itu, Encik Mikael juga telah pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan makumat
mengenai gejala yang dihidapinya itu. Pihak hospital telah membuat ujian x-ray pada
Encik Mikael dan memaklumkan bahawa Encik Mikael menghadapi masalah injap
jantung yang sempit. Doktor pakar tersebut mencadangkan satu tarikh untuk
melakukan pembedahan untuk memasukkan sejenis alat yang dipanggil gelang
kalungos di saluran injap tersebut. Doktor juga membekalkan ubat selama 1 bulan
iaitu ubat untuk mencairkan darah, ubat untuk hilangkan rasa senak pada
bahagian dada kiri, ubat darah tinggi dan ubat mengawal kolesterol.

Pihak
kaunselor telah mengambil pendekatan secara integratif untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh Encik Mikael ini. Pendekatan integratif ini adalah
satu pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan isu etika ini. Pendekatan
integratif ini adalah sebuah kaedah yang dapat membantu klien, manakal
psikoterapi pula dapat memberikan kejayaan terhadap rawatan yang diberikan
keatas klien. Pendekatan integratif adalah sebuah kaedah yang dapat membantu
klien yang mengalami masalah tekanan perasaan yang dihadapi setelah mengetahui
akan penyakit yang sebenarnya. Pihak kaunselor juga menasihatkan supaya
mengikut prosedur yang telah doktor cadangkan jika mahu sihat. Oleh itu, di
sini dapat dilihat bahawa kaunselor menyediakan sebuah rawatan yang efektif merangkumi
aspek biologikal dan psikologikal dengan penggunaan pendekatan integratif.
Klien lebih berminat untuk mendapatkan bimbingan daripada kaunselor yang
terlibat dalam kaunseling keluarga dan perkahwinan dalam memahami isu yang
mereka hadapi.

Prinsip
kod etika yang dikenalpasti dalam kes ini adalah autonomi. Prinsip autonomi
adalah satu prinsip moral yang mengikut kepada kebebasan klien dalam membuat
keputusan. Kaunselor perlu mengingatkan Encik Mikael sama ada klien meneruskan
keputusan untuk melakukan pembedahan di hospital tersebut atau tidak. (IAMFC,
2005 Seksyen A.3).

Prinsip
kod etika yang boleh dikaitkan juga dengan isu ini adalah fidelity iaitu
kejujuran. Pihak kaunselor perlu jujur dan meyakinkan klien untuk makan
ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan perlu meyakinkan pembedahan tersebut
akan berjaya. Pihak kaunselor seharusnya memberikan sokongan kepada klien kerana
klien telah mempercayainya. Menurut Corey, tanggungjawab seorang kaunselor
adalah untuk merahsiakan perihal klien daripada pengetahuan orang lain.

3.2
Kes Jason

Jason
adalah merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang berumur 15 tahun. Jason
menghidapi tekanan perasaan setelah ibu dan bapanya terlibat dalam kemalangan
maut. Jason mengalami kemurungan dan gangguan emosi sehingga menggangu rutin
kehidupannya. Jason sepatutnya pergi ke sekolah dan bermain dengan
rakan-rakannya, malah Jason memilih untuk berkurung di rumah dan hanya duduk di
biliknya sahaja. Keadaan Jason ini sangat merisaukan bapa dan ibu saudaranya.
Malah ada kanak-kanak lain yang mengejeknya sebagai orang gila. Setelah itu,
bapa saudaranya telah membawa Jason berjumpa dengan pakar psikiatrik untuk
mendapatkan perkhidmatan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pihak psikiatrik membekalkan ubat RIMAs. Setelah itu, bapa saudara hadir ke
pusat kaunseling untuk mendapatkan paerkhidmatan rundingan agar masalah
kemurungan Jason dapat diselesaikan.

Pihak
kaunseling unit keluarga dan perkahwinan berjumpa dengan bapa saudara dan
menceritakan mengenai masalah yang dialami oleh Jason. Pihak kaunseling
mengadakan beberapa sesi untuk memberi bimbingan yang sewajarnya. Ahi kaunselor
meminta Jason ditinggalkan berdua sahaja dengannya. Bapa saudara percaya pihak
kaunselor boleh membantu menyelesaikan masalah Jason. Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling dilaksanakan mengikut empat jenis pendekatan iaitu pendekatan
krisis, pendekatan pemulihan, pendekatan pencegahan dan pendekatan perkembangan
(Akhira Pardi et. al, 2013).

Oleh
yang demikian, ahli kaunselor mengadakan perbualan dengan klien, mengajaknya
berbincang dan bercerita untuk menjalinkan satu hubungan yang baik. Setelah itu,
klien berasa senang untuk berkongsi masalah dengan kaunselor. Ahli kaunselor
membiarkan klien Jason bercerita apa yang telah menganggu pemikirannya. Klien dengan
rasa percaya pada kejujuran dan hubungan dengan ahli kaunselor menceritakan
sebelum terjadi kemalangan itu, ibu dan bapa Jason mengajaknya keluar untuk
bersiar-siar, malahan Jason mahu menyiapkan kerja sekolah. Impak dari kejadian
itu, Jason merasakan seperti pembelajaran itu tidak penting lagi dan hanya mahu
ibu dan bapanya kembali semula dalam kehidupannyan. Ahli kaunselor merujuk
kepada pakar psikoterapi untuk permasalahan ini.

Seterusnya,
Jason merasakan bapa dan ibu saudaranya tidak boleh menggantikan ibu dan bapa
kandungnya yang telah maut dalam kemalangan itu. Ahli kaunselor memahami dan
menasihati klien supaya hadir ke sekolah dan menjalankan kehidupan sebagai
seorang remaja dan pelajar sekolah menengah seperti kawan-kawannya. Ahli kaunselor
juga mengatakan pada Jason bahawa ibu dan bapa saudaranya adalah penjaga semasa
klien masih bersekolah.

Prinsip
kod etika yang dikenalpasti dalam kes kajian ini adalah fidelity, justice,
beneficence, autonomi dan self-respect. Ahli kaunselor berupaya menyimpan
rahsia klien yang bernama Jason, dan sikap kesetiaan itu merujuk kepada fidelity.
Persatuan Kaunseling Profesional memperkenalkan kod-kod etika yang mencerminkan
prinsip etika asas, terutama dihuraikan oleh Kitchener (1984) dan Meara, iaitu
autonomi, tidak mencederakan (nonmaleficence), keadilan (justice), kesetiaan
(fidelity), dan kebenaran (beneficence).

Prinsip
beneficence terjadi apabila ahli kaunselor merujuk masalah yang dialami oleh Jason
kepada pakar psikoterapi untuk rawatan lebih lanjut. Senario ini menggambarkan
prinsip beneficence, apabila tidak seorang pun dalam agensi yang boleh
membantu, maka menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencari resolusi dan
merujuk masalah ini kepada yang lebih pakar dan berkelayakan. (Cottoned dan
Tarvydas, 2003).

Ahli
kaunselor juga mengamalkan etika tidak berat sebelah, supaya klien merasakan
beliau mendapat keadilan dan tidak merasakan diambil kesempatan atas
kemurungannya. Kaunselor tidak boleh menilai dengan sekali sesi sahaja. Pertemuan
diadakan beberapa kali supaya keputusan dapat dicapai oleh klien. Ahli kaunselor
perlu ada self-respect dengan klien. Ahli kaunselor perlu berjaga-jaga jika ada
situasi yang boleh mencederakan (non-maleficence).