KARBOHIDRAT benar? Jika benar apakah punca atau dalam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KARBOHIDRAT DAN OBESITI

NUR ATIKAH BINTI MAWARDI

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

NATIONAL ASSOCIATION FOR STRENGTH AND
CONDITIONING RESEARCH (NASCR)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isi Kandungan                                                                        Muka
surat

 

1.0 
Pengenalan                                                                                                            3                                                                                                        

 

2.0 
Karbohidrat                                                                                                          3 – 5

 

2.1 
Serat
(Fibre)

2.2 
Indeks
Glisemik (Glisemic Index)                                                           

 

3.0 
Obesiti                                                                                                                 5-10

 

3.1  Body Mass Index
(BMI)

3.2  Kitaran
karbo (krebs cycle)

3.3 
Karbohidrat
punca gemuk?

3.4 
Diet
rendah karbohidrat

 

4.0 
Kesimpulan                                                                                                           10

 

5.0 
Rujukan                                                                                                                 11

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.0  Pengenalan

 

Menurut
akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mei 2016, 20% rakyat Malaysia adalah obes, 48%
daripada mereka mempunyai masalah kolestrol dan darah tinggi, manakala 17.5%
adalah penghidap diabetik. Didapati 89% antara mereka pula menghidap diabetik
tanpa mereka sedari. Diabetik atau dikenali sebagai kencing manis terdedah kepada
risiko menghidap penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang dan organ
tubuh yang lain.

Manakala, mengikut laporan Jabatan
Statistik Malaysia melalui akhbar Harian Metro bertarikh 21 April 2017,
Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat paling ramai gemuk di
negara-negara rantau asia tenggara (ASEAN). Dimana 2 daripada 5 orang Malaysia
adalah obes. Punca utama berlakunya obes dikalangan rakyat Malaysia adalah
kerana makan secara berlebihan terutamanya pengambilan gula melebihi keperluan
tubuh badan iaitu secara berlebihan.

Di dalam perbincangan ini, kita membawakan
topik kaitan antara karbohidrat dan obesiti. Apa yang anda faham tentang
karbohidrat? Apa itu obesiti? Adakah terdapat hubungkait diantara kedua-duanya?
Seringkali kita dimomokkan bahawa makan nasi itu menggemukkan. Adakah ia benar?
Jika benar apakah punca atau dalam erti kata lain, apa buktinya? Nasi merupakan
sejenis karbohidrat, begitu juga roti, biskut dan mee. Jika benar momokan bahawa
makan nasi itu menggemukkan mahupun penyebab obesiti, bagaimana pula
implikasinya jika memakan roti, mee, biskut atau lain-lain sumber karbohidrat? Persoalan
ini akan dibincangkan disini.

 

2.0  Karbohidrat

 

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), karbohidrat diklasifikasikan sebagai salah satu sumber tenaga. Berikut
merupakan kandungan secara saintifik bagi karbohidrat. Monosakarida merupakan
sejenis karbohidrat sederhana. Monosakarida yang terdapat di dalam sel tubuh
manusia adalah glukosa, fruktosa dan galaktosa. Glukosa dan fruktosa banyak
terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Fruktosa mempunyai rasa yang
amat manis, ia boleh di dapati daripada buah-buahan atau tumbuhan seperti madu.

 

Disakarida merupakan jenis karbohidrat
yang banyak diambil oleh manusia di dalam kehidupan sehari-harian. Setiap
molekul disakarida terbentuk daripada gabungan 2 molekul monosakarida. Sukrosa
adalah contoh disakarida yang lazim digunakan setiap hari. Gula adalah hasil
99% pembentukan oleh sukrosa.

Oligosakarida dan polisakarida pula adalah
terhasil daripada gabungan beberapa molekul-molekul monosakarida. Contohnya
maltotriosa dan amilosa. Glikogen adalah salah satu bentuk simpanan energi di
dalam tubuh yang dihasilkan dengan pengambilan karbohidrat sehari-hari. Ia
kebiasaannya digunakan oleh tubuh ketika berolahraga. Di dalam tubuh manusia,
glikogen akan tersimpan di dalam hati dan otot, namun di dalam kuantiti yang
terhad iaitu sekitar 350-500 gram bersamaan penghasilan tenaga sebanyak 1200
sehingga 2000 kcal.

Karbohidrat terbentuk daripada 3 elemen
iaitu karbon, hidrogen dan oksigen. (Peter, 2011). Atom-atom bagi elemen
tersebut berhubungkait dengan molekul gula. Ia adalah jenis gula yang berbeza
namun kandungannya paling tinggi adalah glukosa. Molekul glukosa berhubungkait
bersama dalam rantaian yang panjang membentuk molekul yang lebih besar seperti
kanji. Glukosa dan kanji adalah karbohidrat yang paling lazim dikenali. (Peter,
2011).

Peter (2011), di dalam bukunya bertajuk “Checkpoint science” menyatakan bahawa,
karbohidrat mengandungi tinggi kandungan tenaga yang mudah diserap ke dalam
tubuh badan. Tubuh badan menggunakannya sebagai bahan bakar untuk menyediakan
tubuh badan untuk terus hidup.

 

2.1  Serat (Fibre)

 

 

Peter
(2011) menjelaskan bahawa, selulosa adalah karbohidrat yang membentuk dinding
sel tumbuhan. Selulosa dikenali sebagai serat diet. Ia boleh didapati di dalam
makanan seperti roti gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita tidak dapat
mencernakan serat, namun ia membantu menggerakkan makanan yang dimakan untuk bergerak
melalui usus.

Justeru itu, dengan serat yang bergerak
melalui usus besar, bakteria memakannya dan ia bersama-sama serat
mempermudahkan proses pencernaan makanan. Kemudian, ia membantu otot usus besar
menolak untuk makanan tercerna tersebut bergerak ke saluran pembuangan. Serat
juga berfungsi sebagai span yang menangkap air dimana ia membentuk najis yang
lembut dan mudah disingkirkan daripada tubuh badan. Ini menunjukkan seseorang
yang kurang pengambilan serat di dalam diet, mereka berpotensi untuk menghadapi
masalah usus dan sembelit.

Melalui pengambilan karbohidrat berserat
tinggi, ia akan membantu tubuh berada di dalam keadaan sihat malah dapat
membantu mengelakkan keadaan sugar
crashes (Robertson
& Baker, 2001). Antara contoh
karbohidrat berserat tinggi ialah roti gandum, brokoli dan epal.

 

2.2  Indeks Glisemik (Glisemic
Index)

 

Karbohidrat
terdiri daripada 2 jenis iaitu karbohidrat sederhana dan karbohidrat kompleks.
Ia dibezakan berdasarkan responnya terhadap glukosa dalam darah. Ia juga
dibezakan melalui tahap ataupun indeks glisemik (Glisemik Index).

Karbohidrat sederhana ialah monosakarida
seperti glukosa, fruktosa, galaktosa dan 
disakarida seperti sukrosa & laktosa. Karbohidrat jenis ini biasanya
terdapat di dalam makanan yang manis seperti madu dan buah-buahan. Manakala
karbohidrat kompleks boleh merupakan glikogen, selulosa dan serat (fibre). Ia boleh didapati melalui
makanan seperti nasi, kentang, jagung, ubi, pasta, roti dan mee. Semakin tinggi
kadar GI bagi sesuatu karbohidrat itu, semakin tinggi respon penyerapannya ke
dalam tubuh badan. Maka semakin cepat tubuh akan berasa lapar.

Karbohidrat dengan nilai indeks glisemik
berbeza memberikan kesan berbeza kepada tubuh manusia untuk jangka masa
panjang. Berdasarkan satu laporan dalam Journal
Nutrient (2013) bertajuk ‘Nutritional
Recommendations for Cardiovascular Disease Prevention’ menunjukkan makanan
yang asli dan tinggi serat yang mempunyai nilai indeks glisemik lebih rendah
mampu mencegah pelbagai masalah kesihatan.

Manakala merujuk kepada laporan American Journal of Clinical Nutrition (1981),
karbohidrat diklasifikasikan berdasarkan kadar kepantasannya menjadi glukosa
dalam darah yang dipanggil sebagai ‘Indeks Glisemik'(GI). GI diberikan skala 0
hingga 100 iaitu dibahagikan kepada rendah, sederhana dan tinggi. Makanan yang
cepat dicerna dan dihadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dikelaskan
sebagai tinggi indeks glisemik (GI). Karbohidrat tinggi GI menyebabkan kenaikan
paras glukosa dalam darah dengan cepat.

 

3.0  Obesiti

 

Obesiti
merupakan istilah yang digunakan bagi mengambarkan berat badan yang berlebihan.

Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa obesiti menyumbang kepada banyak
penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit
ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang
disebabkan oleh obesiti ialah Diabetes Mellitus, Penyakit hepatobiliary (fatty liver
dan batu hempedu), Dyslipidaemia
(kolesterol tinggi), Metabolic syndrome,
Sleep apnoea, penyakit jantung
koronari, Cerebrovascular disease, kegagalan
jantung, tekanan darah tinggi (hypertension),
Osteoarthritis dan Gout.

            Akhbar Kosmo bertarikh 18 Oktober
2016 bertajuk ‘Pemakanan tidak teratur punca gemuk’ membawakan isu berkenaan
masalah obesiti dikalangan rakyat Malaysia. Melalui tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa
berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah berat badan berlebihan, manakala 3.3
juta orang lagi disahkan obes.

 

 

 

 

 

 

 

3.1  Body Mass Index (BMI)

 

Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan
terjadinya masalah obesiti. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu
mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan
susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan.
Lelaki dikatakan obes sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%.
Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.
Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).

 

 

Obesiti ialah keadaan dimana Body Mass Indeks (BMI) bagi seseorang
individu itu melebihi kadar 30 dan ke atas. 
BMI ini boleh dikira menggunakan formula seperti berikut;

 

BMI = Body weight in kilogram (Berat
badan dalam kilogram)

            Height
x height in meter (Tinggi x tinggi di dalam meter)

 

Seperti contoh Amirah mempunyai berat
badan 98 kilogram (kg) dan memiliki ketinggian 1.55 meter (m). Maka pengiraan
BMI Amirah adalah 98kg/ (1.55m2) = 40.79kg/m2. Bagi
mengetahui klasifikasi obesiti sesorang, kita merujuk kepada klasifikasi World
Health Organization (WHO, n.d.). Menurut WHO, keadaan BMI sesorang
boleh diklasifikasikan tubuh mereka sedang berada ditahap kurang berat, normal,
berlebihan berat, pra-obes, obes tahap 1, obes tahap 2 dan obes tahap 3 seperti
jadual di bawah;

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor

berlakunya
obesiti. Umur, gender, keturunan, aktiviti fizikal, psikologi, penyakit dan
juga ubat-ubatan merupakan diantara puncanya. Peningkatan umur akan menyebabkan
kadar metabolisma menurun.

Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara
walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan
dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan. Perbezaan gender, bagi kaum wanita,
mereka mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding dengan
lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah
berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah
obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

Bagi faktor keturunan, individu yang lahir
dan mempunyai ibu atau bapa yang obes, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
mengalami obesiti. Kini semakin ramai berlakunya masalah obes dikalangan
kanak-kanak yang berpunca daripada faktor ini. Aktiviti fizikal, kurangnya
melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang
sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

Manakala bagi faktor psikologi, ramai
individu yang memilih makan secara berlebihan apabila menghadapi tekanan atau
mempunyai ketidak stabilan emosi.

Faktor
penyakit, walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang
mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak
yang menyebabkan pesakit makan secara berlebihan. Ubat-ubatan juga boleh
membawa kepada masalah obesiti. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat
kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

 

3.2  Kitaran karbo (krebs
cycle)

 

Bagi
lebih memahami tentang kitaran karbo yang berlaku apabila tubuh badan mengambil
karbohidrat, kita boleh rujuk kitaran karbo (krebs cycle) seperti di bawah ini.

Jika mengikut krebs cycle iaitu kitaran karbo, lebihan tenaga yang tidak
digunakan akan disimpan sebagai gula di dalam darah. Gula yang tersimpan di
dalam darah tersebut pada satu tahap, ia boleh menyebabkan pembuluh darah
tersumbat apabila kandungannya berlebihan. Di samping itu, ia juga berpotensi
mengakibatkan penyakit diabetik, obesiti dan masalah kardiovaskular.

Secara ringkasnya, apa yang perlu difahami
adalah kitaran karbo (Krebs cycle)
atau boleh dikenali sebagai (TCA cycle)
merupakan kitaran yang terdiri daripada siri tindak balas yang membawa kepada
pecahan 2 molekul piruvat untuk menghasilkan tenaga. Hans (2014).

Tubuh badan manusia menggunakan
karbohidrat dan lemak sebagai bahan api atau bahan bakar untuk menjana tenaga.
Tubuh badan manusia kurang cekap menyimpan karbohidrat berbanding lemak. Hal
ini menyebabkan karbohidrat dibakar terlebih dahulu. Karbohidrat yang dimakan
boleh berakhir dalam 3 bentuk. Karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh badan akan
ditukarkan menjadi glukosa untuk dibakar menjadi sumber tenaga atau menjadi
glikogen yang akan disimpan di dalam otot dan hati. Bagi karbohidrat yang
diambil secara berlebihan dan tidak digunakan oleh tubuh badan sebagai glukosa
ataupun glikogen, maka ia akan ditukarkan menjadi lemak.

Karbohidrat yang bertukar kepada glukosa
bergerak dari perut melalui usus kecil dan menuju ke hati. Ia seterusnya akan
masuk ke dalam darah. Apabila kandungan glukosa semakin meningkat, pankreas
akan melepaskan insulin. Insulin dilepaskan bertujuan untuk menyeimbangkan
kandungan gula di dalam darah. Apabila kandungan glukosa berlebihan atau dalam
erti kata lain ia sudah melebihi keperluan sel tubuh badan, ia akan bertukar
menjadi glikogen.

Glikogen akan disimpan di dalam hati dan
otot sebagai stok untuk kegunaan kemudian apabila perlu. Manakala otot akan
menggunakan stok glikogen untuk kekal bertenaga. Glikogen di dalam hati dan
otot ini akan dikeluarkan secara beransur-ansur apabila tubuh badan mengesan
penurunan kadar gula dalam darah. Antara waktu tersebut ialah waktu lapang
sebelum makan ketika terlewat makan. Pada waktu ini, glikogen akan digunakan.
Kitaran ini akan berterusan apabila karbohidrat baru diambil semula.

 

3.3 Karbohidrat punca gemuk?

 

 

Benarkah
karbohidrat itu antara punca masalah obesiti? Atau dimanakah rasionalnya
terjadinya masalah obesiti yang berpunca daripada pengambilan karbohidrat? Bagi
membincangkan persoalan ini, kita melihat kepada cara pengambilan karbohidrat
dan proses penukaran karbohidrat itu sendiri terhadap tubuh badan manusia.

            Jika kita mengambil karbohidrat
secara berlebihan, maka lebih banyak stok glukosa akan dihasilkan. Selepas sel
tubuh badan menggunakan kadar glukosa yang diperlukan, organ hati akan
menukarkan gula yang berlebihan itu kepada lemak, iaitu molekul-molekul triglicerides. Lemak ini akan disimpan
sebagai stok jangka panjang dan akan digunakan apabila perlu. Apabila tubuh
mengambil makanan kaya karbohidrat secara berlebihan dan berterusan, maka stok
simpanan lemak di dalam tubuh badan semakin lama semakin banyak dan lapisan
lemak di dalam tubuh badan semakin tebal. Oleh itu berlakulah keadaan kegemukan
atau kita kenali sebagai obes.

            (Romieu et al., 2017), menyimpulkan bahawa pengambilan
sumber tenaga yang melebihi penggunaan merupakan punca berlakunya peningkatan
berat badan. Ia adalah kerana konsep keseimbangan di antara pengambilan dan
penggunaan tenaga oleh tubuh badan tidak dicapai.

            Robertson (2001), di dalam dialognya
menjelaskan bahawa pengambilan karbohidrat di dalam diet seharian adalah satu keperluan.
Namun jika ia di ambil melebihi keperluan tubuh badan, maka masalah obesiti
merupakan risiko yang perlu dihadapi. Penjagaan kuantiti pengambilan iaitu
porsi pengambilan karbohidrat merupakan kunci nya.

            Karbohidrat merupakan sumber makanan
yang memberikan ketenangan di bahagian otak, dan membolehkan manusia berfikir
dengan waras. Apabila seseorang berada di dalam keadaan tertekan mahupun
stress, ada diantara mereka akan melepaskannya dengan cara mengambil makanan
tinggi kalori terutama tinggi kandungan karbohirat dan lemak. Mereka mengambil
karbohidrat untuk berasa tenang dan merehatkan fikiran. Namun apabila
pengambilannya berlaku secara berlebihan dan berterusan, ia membawa keburukan
iaitu membawa kepada masalah obesiti dan penyakit seperti kardiovaskular dan
darah tinggi.

            Pengambilan karbohidrat secara
nyatanya adalah tidak menggemukkan, namun apabila pengambilannya berlaku secara
berlebihan, maka berlakunya pengambilan kalori secara berlebihan yang menjurus
kepada obesiti. (Jason, 2017).

 

3.4  Diet rendah karbohidrat

 

Menurut kenyataan oleh Dr.Alison, seorang Pengarah
Penyelidikan Biro Gula, London, melalui forumnya bertajuk “Diabetes Debate”, diet rendah karbohidrat memberikan kebaikan
terhadap lipid darah. Lipid darah boleh difahami sebagai kadar darah iaitu
mengukur kadar darah berdasarkan jumlah kolesterol iaitu kolesterol Low-density
lipoprotein (LDL), High-density lipoprotein (HDL), dan trigliserida. Kuantiti pengambilan karbohidrat adalah lebih
penting berbanding jenis karbohidrat itu sendiri. Ia bagi memastikan
karbohidrat yang diambil selaras dengan tenaga yang dihasilkan atau lebih mudah
difahamai, sebagai tenaga yang digunakan dan dibakar.

Tavis, (2013) menyatakan bahawa diet
tinggi karbohidrat dan rendah lemak adalah tidak digalakkan. Ia adalah kerana
fungsi karbohidrat itu sendiri sebagai bahan bakar iaitu sumber tenaga yang
perlu digunakan sebaiknya berbanding menjadikannya bertukar kepada lemak di
dalam tubuh badan.

(Baum, 1998) menjelaskan bahawa, diet
karbohidrat tinggi serat adalah baik untuk kesihatan. Pengamal diet sihat
seharusnya memilih diet rendah GI, tinggi serat dan bukannya memilih diet
rendah karbohidrat. Dengan mengamalkan pemilihan karbohidrat yang rendah GI dan
tinggi serat, ia mendatangkan kepuasan yang lebih tinggi dan memperoleh rasa
kenyang yang lebih lama.

Bagi pesakit diabetik, diet rendah
karbohidrat iaitu penumpuan terhadap pengambilan karbohidrat berserat iaitu
karbohidrat rendah Glisemik Indeks (GI)
disarankan bagi memberi lebih kepuasan menikmati makanan kepada pesakit diabetik.
Dengan cara itu, mereka boleh menikmati jumlah karbohidrat didalam kuantiti
yang lebih banyak berbanding diet tinggi karbohidrat.

 

 

Diet dengan cara melimitkan pengambilan
karbohidrat terutama karbohidrat yang mengandungi tinggi kandungan sukrosa
adalah baik bagi pengurangan berat badan. Kajian menunjukkan pengambilan
karbohidrat tinggi kandungan sukrosa lebih berisiko untuk mengalami masalah
lebihan berat badan dan obesity. (Skop-Lewandowska, Zaj?c, & Kolarzyk, 2017)

(Hall, 2017), di dalam tulisannya yang bertajuk
A review of the carbohydrate–insulin
model of obesity, menjelaskan bahawa diantara salah satu cara mengurangkan
berat bdan adalah melalui mengurangkan pengambilan karbohidrat sebagai sumber
tenaga. Karbohidrat tetap diperlukan oleh tubuh, namun pengambilannya
dikurangkan atau lebih difahami sebagai deficit
calori. Melalui cara ini, pengurangan berat badan akan dicapai pada satu
tempoh yang telah dirancang dan ditetapkan.

Terdapat tiga kategori atau kelas makanan
utama yang perlu dipertimbangkan untuk berdiet iatu karbohidrat, lemak dan
protein. (Yoni, 2014). Menyingkirkan salah satu sumber utama nutrisi antara 3
kategori tersebut akan melimitkan pemilihan pemakanan secara drastik. Perkara
yang lebih utama adalah dengan cara mengawal porsi pengambilan makanan tersebut
tanpa menyingkirkan terus salah satu daripada kategori utama nutrisi tersebut.
Ini kerana setiap kelas pemakanan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dapat
dilihat disini, karbohidrat memainkan peranan penting di dalam memenuhi
kelengkapan nutrisi tubuh badan manusia.

           

4.0  Kesimpulan

 

Berdasarkan
perbincangan mengenai topik ini, jelas kita dapati bahawa karbohidrat itu
terdiri daripada beberapa jenis. Malah ia mempunyai elemen dan molekul yang
berbeza mengikut jenisnya tersendiri. Malah terdapat juga kitaran karbo dan
kesan respon yang berbeza mengikut jenis karbo yang berbeza. Kepentingan
karbohidrat tidak dapat disangkal lagi sebagai sumber tenaga utama tubuh badan.

 

 

            Apa yang perlu dipertimbangkan ialah
mengenai pengambilan kuantiti ataupun porsi karbohidrat tersebut begitu juga
jenisnya. Karbohidrat dan obesiti itu mempunyai kaitan rapat, namun karbohidrat
bukanlah penyebab secara langsung mahupun penyebab utama berlakunya masalah
obesiti. Walaupun obesiti bukan hanya berpunca daripada pengambilan kuantiti
karbohidrat yang berlebihan, masalah obesiti perlu dilihat dan ditangani
daripada segenap faktor lain termasuklah gaya hidup yang tidak aktif dan
pengambilan makanan yang berkalori tinggi selain sumber karbohidrat terutamanya
dengan melimitkan pengambilan gula dan lemak.

 

5.0  Rujukan

 

Alison, B. (et) all, Diabetes Debate, London, 

Baum, H. (1998). Low
carb mania. Language, Speech, and
Hearing Services in Schools. https://doi.org/10.1207/S15374424JCCP3203_02

Hall, K. D. (2017). A review of the carbohydrate-insulin
model of obesity. European Journal of Clinical Nutrition, 71(3),
323–326. https://doi.org/10.1038/ejcn.2016.260

Hans, S., (2014), The krebs cycle: discovered the kerbs
cycle, www.willey.com

Jason, S., (2017), 10
Things you do not know about carbs, Muscle & fitness, Avi Ebeler,
National Institute of Health.

Robertson, V. J., & Baker, K. G. (2001). The debate
continues. Physical Therapy. EBSCO Publication. Retrieved from
www.ebscohost.com https://doi.org/10.1177/017084068800900203

Romieu, I., Dossus, L., Barquera, S., Blottière, H. M.,
Franks, P. W., Gunter, M., … Willett, W. C. (2017). Energy balance and obesity:
what are the main drivers? Cancer Causes and Control, 28(3),
247–258. https://doi.org/10.1007/s10552-017-0869-z

Skop-Lewandowska, A., Zaj?c, J., & Kolarzyk, E. (2017).
Overweight and obesity vs. simple carbohydrates consumption by elderly people
suffering from diseases of the cardiovascular system. Annals of Agricultural
and Environmental Medicine, (August 2014).
https://doi.org/10.5604/12321966.1233555

WHO. (n.d.). Who Bmi. Retrieved from
http://www.euro.who.int/en/health-topics/disease-prevention/nutrition/a-healthy-lifestyle/body-mass-index-bmi

Tavis,
G., Obesity: A Public Health Failure?.,
2013, American Journal of Health Studies,

Yoni,
F., 2014, The Mythology of Modern
Dieting, Idea foods and nutrition tips. Retrieved from www.ideafit.com

Journal
Nutrient (2013) ‘Nutritional
Recommendations for Cardiovascular Disease Prevention’

American
Journal of Clinical Nutrition (1981)

Kosmo,
18 Oktober 2016, Pemakanan tidak teratur
punca gemuk. Malaysia.

Berita
Harian, 16 Mei 2016, 20 peratus rakyat
Malaysia obes. Malaysia.

Harian
Metro, 21 April 2017, Kenapa penduduk
negara kita paling ramai obes?, Malaysia.

Kementerian  Kesihatan Malaysia, Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/

Kementerian  Kesihatan Malaysia, Retrieved from http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/Panduan_Penyajian.pdf

World
Health Organization, Retrieved from http://www.who.int